Salam sume..Hye..Selamat menyambut bulan Ramadan yang mulia ini..Haaa..apetu Ramadan Petama buat kisah Ramadan..??..Haa,,,tulah due satu watak yang telah Ziera wujudkan dalam penulisan ziera yang berjudul "RAMADAN BUBUR LAMBUK NEK ANI " Sebenarnya kisah ini,ada serba sedikit perkaitan dengan hidup Ziera..cume diolah jaln ceritanya..Nak tau ni cerita ttg apa..nantikan hasilnya ok..ni Ziera bg ckitla...permulaan konflik dlm ceritya ni..
EPISOD 1
Sc 5
LOKASI :RUMAH DHIRA DAN ADI(IBU BAPA ADAN)
WAKTU : 2.30 PM
*Dhira kelihatan marah kerana bukan sahaja anak sulungnya belum pulang kerumah,malah suaminya Rosdey atau dipanggil Adi yang kebiasaanya pulang sebentar kerumah untuk makan tengahari juga tidak pulang-pulang.Keadaan bertambah rumit apabila anak bongsunya Raisya atau Isya tidak begitu sihat dan sering merengek-rengek.Anak keduanya pula Raudhah sedang tidur kerana kepenatan.Tidak lama kemudian Adi pun pulang dari kerja.
Adi : Assalamualaikum.
Dhira :Waalaikumsalam(nada suara yang agak keras sambil mendukung anak bongsunya)
Adi :La anak ayah kenapa ni sayang..demam lagi ye,nanti malam kita pergi klinik ye.
Dhira :Awak nak makan ambikla sendiri,saya dah siapkan.Saya nak tidurkan Isya dulu.
Adi :Aik..bunyi macam marahje.
Dhira :Mana taknya,ingatkan anak je buat hal ,ayahnya pun sama.
Adi :Adan? Haa..mana dia.
Dhira :Dia tak balik lagi.entah mana merayapnya budaktu.Dah dekat nak periksa pun macam
Tu jugak.
Adi :Tak kemana la budak tu..Kejap lagi balik la..Abang pun lambat sebab ada barang
Baru sampai tadi.Jomla makan sekali...
Dhira :Kejap lagi la..(terus membawa masuk anak bongsunya ke bilik.)
*Adi sepertinya mengeluh dengan sikap isterinya.5 minit kemudian,Adan pun pulang kerumah .
Adan : Assalamualaikum..
Adi :Waalaikumsalam..dari mana?
Adan : Rumah nenek Yah,hari ni nenek buat bubur lambuk.kang petang maksu hantar.
Adi : Uii...lagi 2 3 Hari nak puasa dah buat dulu.
Adan :Tak ada lah..maksu yang nak buat..dia kata esok senang,bila dia dah pandai nenek
tinggal tengok je.
Adi :Owh..meh la makan sekali.
Adan :Dah makan tadi kat umah nenek...Ikan Keli masak cili api....terbaiklah...
Adi :Wah....Kalau ayah tahu,ayah tak balik sini,ayah terus balik rumah nenek je
(seperti berbisik-bisik kerana tidak mahu isterinya mendengar kata-kata itu)
Adan :Asal yah..mak masak apa?
Adi :macam biasala..lauk masak kicap.
Adan :Dah agak dah...tu yang kat rumah nenek Adan dah makan dulu.
*Tiba-tiba Dhira muncul
Dhira : Haa !!..baru nak balik?...dah pukul berapani.Adan kemana?
(sambil mencekak pinggang)
Adan : Adan singgah rumah nenek kejapje..
Dhira :Dahtu,tak reti nak telepon ke?...tak pun balik la dulu... (meniggi suara)
Adi :Dah la...kan abang dah cakap.Tak kemana si Adan ni.Dah balik pun.
Dhira :Abang ni pun..ikut kan sangat budkani..Dah,Pergi makan,lepastu mandi.
Adan :Adan dah makan tadi kat rumah nenek.
Dhira :Haaa..elok sangat la tu...nanti boleh la Nek Ani awak ingat,mak awak tak reti nak
masak..Baguslahtu.. (bernada lembut yang sepertinya sedikit terasa dan marah terhadap Adan)
*Dhira terus berlalu pergi masuk ke dalam bilik .
Adan : Yah....
Adi :Dah la..pergi mandi..kang ayah pujuk la..Mak kamu tu sekejap je..kejap lagi
sejuk la tu.
Haa,,tu dya...ckit jew la yew...nak tau lagi..tunggu..ziera habiskan menulis...huhuhu..k,...